Tuesday, September 9, 2008

Pengenalan :

Institut Teknologi Perwaja (ITPerwaja) ialah sebuah Institut Latihan Kemahiran yang dimiliki sepenuhnya oleh Perwaja Steel Sdn Bhd beroperasi di dalam premis kilang Perwaja Steel Logi Gurun, Kedah Darul Aman. Institut ini menjalankan latihan kemahiran di bawah Skim Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Memulakan operasinya dalam tahun 1999, ITPerwaja menawarkan latihan kepada pekerja Perwaja dan semenjak 2001 hingga sekarang, kemudahan latihan kemahiran ini mula dibuka kepada pihak awam yang terdiri daripada lepasan lulusan SPM.

Kursus Yang Ditawarkan :

i. MEKANIK INDUSTRI – TAHAP 1 / 2 / 3
ii. JAMINAN KUALITI – TAHAP 1 / 2 / 3
iii. ELEKTRONIK INDUSTRI – TAHAP 1 / 2 / 3
iv. SISTEM KOMPUTER – TAHAP 2 / 3

Prospek:

Semua pemegang Sijil Kemahiran Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk berkhidmat dalam sektor pengeluaran dalam bidang masing-masing. Kemahiran yang mereka perolehi direkabentuk sedemikian rupa supaya sejajar dengan keperluan industri.

Bagi mereka yang ingin meneruskan peningkatan kemahiran, mereka boleh juga melanjutkan pelajaran mereka dalam Tahap 4 ( setaraf Diploma ) dan 5 ( Diploma Lanjutan ) atau di Pusat Pengajian Tinggi. Lulusan ITPerwaja mempunyai prospek yang lebih baik kerana dalam tempoh latihan mereka akan diselia oleh tenaga pengajar yang berkelayakan serta mahir dalam bidang masing-masing. Pelajar-pelajar juga didedahkan kepada Latihan Sambil Bekerja di sepanjang menjalani latihan.

Ciri - ciri utama kursus:

i. Ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
ii. Pelajar layak membuat permohonan pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran & Institusi Perbankan / Yayasan
iii. Kuliah dalam B. Melayu & Inggeris
iv. Mata pelajaran berdasarkan NOSS (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan)
v. Latihan praktikal “Hands-On” secara terus dikilang berdasarkan suasana sebenar pekerjaan
vi. Kemudahan yang selesa seperti bilik kuliah berhawa dingin, makmal komputer, perpustakaan dan lain-lain
vii. Peluang pekerjaan yang luas.